PAS Sungai Rambai erat dengan komuniti Cina

JASIN: Jabatan Pilihan Raya Dun PAS Sungai Rambai telah mengadakan agihan kuih bahulu kepada kepada kaum Tionghua dalam Dun tersebut, di sini kelmarin.
 
Edaran itu dilakukan sempena menjelangnya sambutan Tahun Baharu Cina dan mengeratkan jalinan hubungan PAS dengan penduduk berbangsa Cina khususnya.
 
Program tersebut diketuai Penyelia PAS Dun Sungai Rambai, Zakaria Kasnin diiringi Pengarah JPrD PAS Sungai Rambai, Zainuddin Abdul Latif serta pimpinan PAS tempatan.
 
Menurut Zakaria, masyarakat Cina yang dikunjungi menunjukkan reaksi terbuka dan menerima kehadiran PAS sebagai parti sandaran untuk membawa suara rakyat.
 
Malah maklumnya, ada juga dalam kalangan mereka yang terang-terangan berani menyatakan sokongan langsung kepada PAS untuk menghadapi BN pada PRU14 nanti.
 
Zakaria turut mengakui, keteguhan prinsip PAS dan semaian Budaya Politik Matang dan Sejahtera telah banyak merubah pandangan masyarakat Tionghua untuk meyakini PAS.
 
Bahkan katanya, imej PAS sebagai parti agama dilihat tidak menjadi penghalang, sebaliknya masyarakat Cina meyakini PAS lebih kuat menjamin pemeliharaan kepelbagaian, keunikan, identiti dan saling hormat antara kaum.
 
Beliau yakin penerimaan positif itu memberi harapan untuk PAS mendominasi PRU14 nanti dan mencipta kemenangan di Dun tersebut. – HARAKAHDAILY 14/2/2018
Advertisement