PAS Putatan giatkan pelaksanaan PINTAR

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan menggiatkan lagi usaha membantu penduduk melalui Projek Infrastruktur PAS Dun Tanjong Aru (PINTAR) yang dilaksanakan di Kampung Tanjong Aru Baru, di sini kelmarin.
 
Pada PINTAR 2.0 itu, pemberian berupa zink atap dan papan lantai telah disumbangkan untuk membaiki kerosakan rumah dialami penduduk agar kediamannya lebih selesa.
 
Penyerahan langsung itu disampaikan sendiri Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin diiringi pimpinan Dewan Pemuda PAS Putatan.
 
PINTAR merupakan inisiatif untuk membantu penduduk menerusi penyediaan atau penambahbaikan kualiti infrastruktur keluarga atau komuniti yang diabaikan pihak berwajib.
 
Usaha itu digerakkan demi kesejahteraan awam dan mengurangkan kesulitan rutin harian kehidupan penduduk setelah permohonan kepada pihak berkenaan tidak diberi perhatian.
 
Sehubungan itu, sokongan pelbagai pihak untuk menjayakan pelan murni PINTAR ini dialu-alukan menerusi sumbangan ke akaun Bank Islam 1001 6010 0780 48 PAS Kawasan Putatan dengan kod rujukan ‘Dana PINTAR’.
 
Sebarang maklumat transaksi atau perbincangan dan pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada Maslan di talian 019-530 6407. -HARAKAHDAILY 15/2/2018
Advertisement