Muslimat PAS agih beras di Beting Maro

BATANG LUPAR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar telah mengadakan sumbangan kebajikan di Kampung Tambak, Kampung Pusa dan Kampung Beladin, Beting Maro, di sini kelmarin.
 
Program dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak itu diadakan seusai Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Batang Lupar.
 
Sumbangan berupa bantuan sekampit beras yang menjadi program khas Muslimat PAS itu diberikan kepada penduduk dari golongan memerlukan terutama asnaf dalam kalangan miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya.
 
Serahan sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Ketua Muslimat PAS Batang Lupar, Dayang Hana Ahmad yang menyantuni golongan tersebut dengan hadir langsung ke kediaman mereka.
 
Dalam menjayakan kelangsungan usaha tersebut, orang ramai dialukan turut serta dengan menyumbang melalui akaun Bank Islam Dewan Muslimat PAS Kawasan Sibu 11-068-02-111028-1 dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Mumtaz di talian 014-827 8352. – HARAKAHDAILY 17/2/2018
Advertisement