Pelancaran Assabiqun Jerai meriah dan penuh sejarah

JERAI: Majlis Pelancaran Assabiqun PAS Kawasan Jerai telah disempurnakan dengan penuh semangat dan harapan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.
 
Pelancaran dalam suasana penuh meriah dan ukhuwah serta sejarah ini telah dilangsungkan di Dewan Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi, Pejabat PAS Jerai, Padang Lumat, di sini semalam.
 
Pada majlis tersebut, anggota Sidang Assabiqun diraikan dengan jamuan kenduri khas secara layanan bentara, juga berikutan kejayaan pemilikan tanah tapak pejabat dan dewan PAS Jerai.
 
Kejayaan proses pindah milik kepada pemegang amanah PAS Jerai pada 23 Jun 2016 itu dianggap sangat signifikan dengan usaha dan kerja keras golongan Assabiqun selama ini.
 
Pelancaran tersebut turut dihadiri Yang DiPertua (YDP) PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad; Timbalan YDP PAS Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat; seluruh Ahli Jawatankuasa dan Dewan-dewan PAS Jerai. – HARAKAHDAILY 17/2/2018
 
Advertisement