Pengundi dibantah disenarai semula

KOTA BHARU: Seramai 1,018 senarai pemilih yang dibantah di parlimen Tanah Merah suku keempat 2017 tersenarai semula dalam pemilih yang baru.
 
Presiden NGO Pertahan, Nazman Che Iberahim berkata, senarai dibantah hari ini adalah senarai yang sama iaitu lebih 95 peratus nama yang telah berjaya dibantah sebelum ini.
 
Katanya, senarai dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih sebelum ini iaitu dalam rang suku pertama dan rang suku ketiga tahun 2017.
 
“Rakyat Tanah Merah umumnya percaya dan yakin bahawa Senarai Tuntutan ini dibuat oleh kumpulan atau parti politik tertentu dan bukanlah daripada kehendak peribadi pengundipengundi seramai 1,018 orang tersebut. 
 
“Dan mungkin sahaja penama penama berkenaan tidak tahu menahu pun akan namanya disenaraikan semula dalam Senarai Tambahan Daftar Pemilih baharu di Tanah Merah ini,” katanya di sini. 
 
Menurutnya, tindakan tersebut dibuat dengan begitu rapi dan terancang sekali.
 
Bantahan bagi Dun Bukit Panau diketuai Penghulu Tanpa Mukim Bukit Panau, Dun Kemahang pula diwakili Mohd Razali Ahmad dan bagi Dun Gual Ipoh, Tuan Razali Yusof. 
 
Bantahan dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Wisma Persekutuan Kota Bharu.
 
Oleh itu kata Nazman, NGO Pertahan mengecam pihak yang cuba secara berterusan mengotori iklim politik demokrasi di Kelantan.
 
Tegasnya, cubaan memindahkan pengundi secara blok sebegini menunjukkan parti pembangkang di Kelantan amat terdesak untuk merampas Kelantan. -HARAKAHDAILY 19/2/2018
Advertisement