Wabak LGBT: Jangan undang bala Allah

FIRMAN Allah:

Advertisement

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّن الْعَالَمِينَ ﴿80﴾ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ﴿81﴾

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka, “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian?” Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, bahkan kalian ini adalah kaum yang melampaui batas.”

(al-A‘raf: 80-81)

Agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang telah dicatat kisahnya dalam al-Quran kini semakin merebak dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Secara tidak sedar ia masuk terutama melalui media. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) memandang serius hal ini kerana perkara ini melibatkan kelangsungan sebuah institusi kekeluargaan tidak kira latar belakang agama dan bangsa.

Wabak LGBT ini perlu disekat dan dibendung dengan segera oleh semua pihak, terutama ibu bapa. Ibu bapa perlu memantau perkembangan anak sejak kecil dan bersikap tegas mengesan perubahan gender dan inkuiri songsang anak-anak mereka. Selain itu, institusi pendidikan juga memainkan peranan penting bagi mengekang gejala ini menular dengan cepat.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia seharusnya memastikan tiada unsur-unsur LGBT atau paparan gaya hidup homoseksual dalam setiap filem yang ditayangkan terutama filem dari negara Barat. Peranan Makhmah Persekutuan, Makhmah Syariah serta Undang-undang sedia ada perlu diperkasakan lagi agar kes-kes LGBT ini tidak diperjuangkan dengan sewenangnya.

DMPM menyokong usaha Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menubuhkan akademi khusus untuk mengkaji golongan LGBT di bawah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD). Akademi ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyedarkan masyarakat termasuk golongan LGBT itu sendiri.

Masyarakat harus sedar tentang bahaya dari perbuatan songsang ini antaranya jangkitan HIV AIDS, penyakit Sifilis yakni penyakit jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan Sifilis ialah penyakit seks yang paling biasa. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau Venereal (VD–Venereal Disease). Sifilis dan Gonorea mempunyai bilangan kes paling tinggi antara penyakit berjangkit yang dilaporkan. Golongan ini jelas telah disebutkan akan mendapat azab seksaan seperti dalam Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim”

(Hud : 82-83)

Oleh itu, LGBT perlu diatasi oleh semua netizen secara menyeluruh dan bersepadu agar gejala ini tidak diwarisi oleh generasi akan datang. Ayuh! Bersama mengamalkan gaya hidup sihat sejahtera dan harmoni serta berpegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dengan prinsip, melakukan kebaikan dan mencegah segala kemungkaran.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”

SALAMIAH MOHD NOOR
Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 19/2/2018