MAT Pemuda PAS Sandakan tekad luaskan dakwah

SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-16 yang dilangsungkan di Pejabat PAS Sandakan, di sini kelmarin.
 
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Masru Mustaqeem yang dalam ucapannya menekankan
kepentingan tarbiyah dan ketaatan kepada pimpinan.
 
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi bersama Exconya telah mengangkat tema “Mara Menuju Cita” untuk direalisasikan sepanjang setahun gerak kerja mereka.
 
Ramlan berharap, gerak kerja Pemuda PAS Sandakan dapat ditingkatkan untuk tahun seterusnya lebih-lebih lagi dalam suasana menghampiri pilihan raya.
 
Selain mesyuarat tersebut dijadikan sebagai medan muhasabah terhadap gerak kerja setahun lalu, para perwakilan juga banyak membangkitkan isu dakwah di pedalaman.
 
Bahkan, Pemuda PAS Sandakan melalui menyuarat ini juga telah memutuskan untuk menjadikan satu lokasi dalam daerah Beluran sebagai kawasan angkat mereka dalam melaksanakan gerak kerja dakwah.
 
Hadir sama dalam Mesyuarat Agung Tahunan tersebut ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain dan Setiausaha Pemuda PAS Libaran, Salman Darwis selaku pemerhati. -HARAKAHDAILY 20/2/2018
Advertisement