Hubungan erat PAS Sekijang masyarakat Cina

SEGAMAT: PAS Sekijang telah menyantuni kaum Tionghua menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Jawa, Kampung Abdullah dan Pekan Jabi, di sini.

Advertisement

Turut diziarahi masyarakat Cina di Kampung Tengah yang terletak di Dun Pemanis di mana program tersebut dianjur Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis dan Lajnah Perpaduan Nasional Sekijang.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis, Normala Sudirman berkata, PAS Sekijang meneruskan semangat muhibah dan setia kawan terhadap kaum Tionghua.

“Ini adalah lambang keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Ramai masyarakat Cina gembira menerima kedatangan rombongan PAS dengan pemberian limau tanda saling hormat menghormati.

“PAS tidak pernah membenci orang Cina kerana Islam menggalakkan umat Islam saling menghormati budaya dan anutan agama kaum lain,” katanya pada program tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor berkata, PAS Sekijang optimis tidak semua orang Cina penyokong DAP.

Menurutnya juga walaupun berbeza pendirian politik namun persahabatan dengan masyarakat Cina tetap terjalin erat.

Sempena lawatan muhibah tersebut kain rentang dan sepanduk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina digantung di sekitar Dun Pemanis. -HARAKAHDAILY 21/2/2018