Calon PAS lebih hebat dari bekas PJ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (١٠) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (١١)

Advertisement

“Yang bermaksud, wahai orang-orang beriman, sukakah kamu Aku nak beritahu bahawa ada satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang amat pedih (10). Iaitulah hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh dengan Allah dan Rasul-Nya, dan berjuang pada jalan Allah dengan harta benda kamu dan jiwa raga kamu, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu benar-benar mengetahui (11).”

(as-saff: 10-11)

Dengan perjuangan itu, Allah menjanjikan:

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١٢)

“Allah akan mengampun dosa-dosa kamu dan akan menempatkan kamu di tempat-tempat yang baik di syurga Jannatu Adn itulah kejayaan yang amat besar.”

(as-Saff: 12)

Kita dijangka akan menghadapi pilihan raya dalam masa terdekat. Selepas daripada Parlimen bersidang, antaranya ialah untuk meluluskan persempadanan baru. Jadi maknanya tuan-tuan sebagaimana yang telah berikrar di hadapan Pesuruhjaya untuk mempastikan kemenangan PAS Johor. Daripada dulu selepas pilihan raya saya masih ingat bahawa PAS Johor wajib hukumnya, bukan harus, bukan sunat. Wajib mempertahankan empat Dun yang kita menangi.

Dan termasuklah Dun Parit Yaani yang ada di Kawasan Sri Gading ini, yang itu nombor satu wajib tuan-tuan. Pasal kita nak jatuhkan Parti Amanah yang tak amanah. Jadi ini adalah satu cabaran yang sungguh-sungguh. Kalau tuan-tuan kalah di Parit Yaani, malulah nak letak mana muka PAS di sini?

Jadi sebab itulah maka kena kerja sungguh-sungguh. Dan saya dapat tahu calon yang akan melawan Adun Parit Yaani sekarang adalah lebih hebat daripada calon bekas PJ dulu yang khianat itu. Kerana mereka menang atas tiket PAS, ahli-ahli PAS yang membantu dia, yang memanjat tinggi-tinggi pasang bendera pun ahli-ahli PAS yang memberikan sumbangan-sumbangan ahli PAS, tiba-tiba dia sanggup tinggalkan PAS bawa dengan kerusi-kerusinya. Sebab itulah daripada dulu saya beritahu kepada beliau bahawa elaun yang diterima sebagai Dewan Undangan Parit Yaani adalah haram kerana itu adalah hasil usaha sungguh-sungguh ahli PAS kita. Betul tak tuan-tuan?

Jadi empat itu adalah benda yang sangat penting untuk kita pastikan kemenangan. Lepas itu kita juga daripada dulu nak membuktikan bahawa PAS Johor lebih kuat, lebih subur, maka kita berusaha sungguh-sungguh untuk menang tiga kali ganda daripada yang kita menang pada PRU ke-13 dulu iaitulah 12 Dun di Johor ini. Kerana kalau kita boleh menang 12 Dun, maknanya sekurang-kurangnya kita boleh menjadi pembangkang yang kuat, pembangkang yang efektif dan juga boleh jadi ’king maker’ di Negeri Johor ini. Boleh tak tuan-tuan? Cakap boleh, tapi kena sungguh-sungguh. Tuan-tuan dah ikrar, saya tak ikrar tadi.

Hadirin dan hadirat, itulah saya sangat-sangat mengharapkan supaya kita wajib pertahankan yang empat kerusi, kita rampas balik Parit Yaani dan kita kena selalu turun Parti Yaani bantu bakal calon yang akan bertanding di Parit Yaani ini. Dan begitulah juga sepertimana yang tuan-tuan sedia maklum, Presiden kita dah beritahu bahawa kita akan bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi Parlimen, dan di Johor pula tak mahu kalah juga, dia akan bertanding 18 kerusi Parlimen daripada 26 kerusi, tuan-tuan.

Jadi tak akanlah kita nak asyik kosong sahaja. Memanglah JDT menang, petang ini pun mungkin JDT menang lagi tuan-tuan dengan Melaka United. Jadi sebab itulah harapan sayalah sekurang-kurangnya kita mesti bantu PAS Pusat untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen. Tak akan Johor tak boleh sumbangkan satu, dua, tiga, empat, lima ke tak boleh? Boleh tak tuan-tuan?

Kena kerja sungguh-sungguh tuan-tuan. Ini bukan main-main, ini maruah Johor. Pasal dulu di tempat ini juga bila saya balik di Johor, dicerca seorang perempuan muda mengatakan kenapa Dato’ balik? Kita tak jemput Dato’ pun. Hari ini pun saya dijemput, bukan tak jemput pula. Jadi itulah harapan saya supaya kita kerja sungguh-sungguh, mestilah kita berikrar untuk menyumbang berapa kerusi Parlimen supaya PAS di pusat akan lebih kuat.

(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dari Ucapan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dalam Ceramah Fastaqim 2.5 H10K JDT semalam di Dataran Istiqamah, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Johor)HARAKAHDAILY 25/2/2018