Pemuda Kepala Batas bantu bersih rumah OKU

KEPALA BATAS: Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) Bertam telah mengambil inisiatif untuk membantu warga orang kurang upaya (OKU) membersihkan rumahnya di Permatang Manggis di sini semalam.
 
Program ‘Clean and Clear‘ (CNC) itu bermula dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan Alternative Riding Club (ARC) Kepala Batas.
 
OKU tersebut, Fahimi Othman yang berkerusi roda, tidak dapat berjalan kerana pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.
 
Beliau juga tinggal berseorangan di rumah arwah ayahnya itu, tidak dapat bekerja sekali gus tanpa mempunyai pendapatan yang tetap.
 
Namun, beliau menampung hidup dengan mengajar anak-anak muda yang minat untuk belajar membaiki motosikal kerana mahir dan pernah bekerja sebagai mekanik.
 
Pada inisiatif diketuai oleh Pengarah JPrD Bertam, Mokhtar Ramly itu, mereka turut menghulurkan sumbangan berupa keperluan dapur kepada beliau. – HARAKAHDAILY 25/2/2018
Advertisement