Media PAN penegak fitnah dan propaganda

CEPAT sungguh media Malaysia Dateline yang terkenal alat propaganda PAN melaporkan tentang audio suara Nik Abduh. Lagi laju dari media lain. PAN adalah satu-satunya parti yg justifikasi kewujudannya adalah atas fitnah UG yang dilontarkan kepada PAS. Tanpa tertegaknya kepercayaan orang bahawa UG itu wujud, PAN hampir tiada asas untuk kekal relevan.

Advertisement

Baca molek-molek apa ditulis dalam video itu. Ustaz Zaharuddin dan beberapa rakannya dikatakan membuat perjumpaan tertutup dengan Nik Abduh minta penjelasan. Cuba dengar nada suara Nik Abduh. Itu suara bercakap dengan ‘beberapa orang’kah atau bercakap depan ramai orang. Gema yang ada seolah dalam dewan yang besar. Suara yang kononnya Nik Abduh itu dengan nada kuat dan keras. Sedangkan Nik Abduh jika bercakap dalam kelompok kecil sangat terkenal nada lembut dan perlahan suara. Kecuali jika dalam perhimpunan besar.

Jadi jika pertemuan ‘beberapa orang’ mereka duduk jarak 50 kaki kah sehingga kena menjerit begitu? Content, isi kandungan ucapan Nik Abduh yang berterusan dalam tempoh yang singkat itu pula, dikumpulkan segala benda kontroversi yang jadi bahan fitnah. Sangat tak munasabah.

Biasanya kita kesan kandungan itu, satu-satu dalam rangkap yang berbeza. Orang bodoh saja yang cerita dedahkan sekali gus macam guni beras pecah. Ini pula dalam durasi 2.3 minit. Bukan dua puluh tiga minit!

Suara Nik Abduh pula dipertikai oleh orang yang rapat dan biasa dengan beliau. Tak sama. Dalam prinsip BPMS PAS, kita tolak politik fitnah. Jika kita pun nak layan fitnah. Lagi terhormat dan cerdik jika kita percayakan fitnah liwat Anwar yang dah turun naik mahkamah dengan perbicaraan awam beserta segala bukti pendakwaan dan keputusan mahkamah berbanding fitnah tak berhujung pangkal lontar batu sembunyi tangan yang dibuat terhadap PAS.

Tak ada bukti apa, reka bukti pun low class, main pakat sebar aku dengar dia kata…hearsay semata-mata, dan tak disokong dengan realiti sebenar yang berlaku PAS tetap lawan Umno, dari atas sampai akar umbi masih terpaksa berkorban harta benda untuk jayakan perjuangan. Kalau ada duit 90 juta, kita tak ceramah bawah khemah murahan. Kita sewa dewan hotel besar macam PAN buat konvensyen atau PH buat sidang meja bulat.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 28/2/2018