Islam yang memerintah

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata:

Advertisement

Timbul ketegangan yang berakhir dengan PAS mengemukakan usul persendirian untuk meminda Akta 355 di Parlimen bagi membolehkan beberapa hukum Islam, bukan semua, dilaksanakan. Di antaranya hukuman sebat terhadap peminum arak, terhadap orang berzina yang belum kahwin. Beberapa kesalahan takzir, hukuman sebat untuk memperkenalkan hukuman sebat dalam Islam dengan hukuman sebat Undang-undang Sivil yang diamalkan oleh undang-undang manusia.

“Di mana hukum Islam hukum yang hebat, hukum yang menggerunkan. Disebut sebat 20 kali, sebat 100 kali. Sebatannya tidak boleh memecahkan kulit, tidak boleh mencederakan. Untuk memalukan mereka yang buat salah, macam cikgu sebat anak murid, begitu sahaja.

“Sebatan penjara, undang-undang manusia hari ini bila dia pukul, pecah kulit, tubik isi, menyeksakan walaupun bunyinya enam rotan, tiga rotan, sekali kena sebat macam nak mati. Ini bezanya. Kita nak perkenalkan ini sahaja.

”Hasil daripada dakwah kita, dakwah yang kita buat menyebabkan ketua hakim negara, peguam negara dan banyak hakim-hakim menyokong, menyokong cadangan PAS ini. Sehingga beberapa wakil rakyat kerajaan juga menyokong pelaksanaan ini.

“Ini menakutkan DAP dan parti-parti yang bukan Islam. Pasal apa dia takut? Kerana kalau diamalkan, orang bukan Islam akan pilih hukum Islam. Ini berlaku di Aceh. Di Aceh Indonesia diberi peluang untuk melaksanakan hukum Islam.

“Di mana orang-orang Cina yang bukan Islam di Aceh, diberi pilih sama ada nak hukum Islam ke hukum manusia? Tiba-tiba orang bukan Islam pilih hukum Islam, ini yang dia takut. Takut orang bukan Islam ini tengok Islam ini. Itu dalam bab undang-undang jenayah.

Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Ceramah Perasmian Markaz Dun Alur Limbat beliau di Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu semalam yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). – HARAKAHDAILY 28/2/2018