PAS juga menggerakkan agenda pembangunan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata:

Advertisement

Oleh kerana itulah kita menawarkan kepada rakyat dengan tawaran-tawaran. Kita bukan sahaja sebuah parti yang menyatakan masalah-masalah, kalau nak sebut masalah-masalah ini sangat mudah. Berkait dengan rasuahnya, berkait dengan salah guna kuasanya, isu Tabung Hajinya, isu GSTnya, isu macam-macam lagi isu penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku, Feldanya dan lain-lain lagi.

“Tetapi kita PAS kita menyatakan apakah penyelesaian-penyelesaian kepada isu-isu dan masalah-masalah ini. Di sinilah kita menawarkan kepada rakyat dengan penyelesaian Islam. Selain daripada Islam sudah diberikan ruang dan peluang, demokrasi, sekularisma, sosialisma, kapitalisma, dan lain-lain lagi. Sekarang ini kita tawar dengan penyelesaian Islam. Masalah-masalah yang berlaku dalam negara kita pada hari ini ialah kerana tidak mengambil penyelesaian Islam.

“Dua hari lepas badan antarabangsa yang mengkaji berkait dengan Indeks Rasuah yang berlaku di seluruh pelusuk dunia ini, telah meletakkan Malaysia adalah di antara negara yang paling teruk rasuah di Rantau Asia ini. Walaupun di sana ada pihak-pihak yang mempersoalkan kajian-kajian yang dibuat itu. Tetapi bagi kita parti Islam, kita menyata dan menegaskan bahawa isu rasuah ini punca kepada segala-galanya ialah kerana politik sekularisma yang diamalkan oleh Umno Barisan Nasional.

“Politik yang tidak ada batas halal dan haram, politik yang tidak ada batas dosa dan pahala. Penyelesaian Islamnya kena kembali kepada politik Islam. Umno Barisan Nasional walaupun mereka kata mereka juga memperjuangkan ugama, mereka dakwa mereka buat masjid, hantar orang pergi buat Umrah, pergi Haji, itu baik, itu bagus. Tetapi kita nak politik dalam negara kita mestilah politik yang dipacu dengan Islam.

“Cuba kita lihat di Negeri Kelantan, kita memerintah Negeri Kelantan sejak daripada tahun 1990 yang menjadi satu negeri contoh, negeri teladan, walaupun kita tidak menafikan bahawa di sana ada kekurangan-kekurangannya. Tetapi kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh Umno Barisan Nasional mahupun Pakatan Harapan, Negeri Kelantan adalah negeri yang terbaik di dalam mengurus kewangan, harta rakyat. Kerana apa? Kerana politik Islam yang diamalkan di Negeri Kelantan.

Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Ceramah Umum dan Pelancaran Markas PRU 14 Pemuda Dun Seberang Takir di Markas Besar Pemuda PAS Dun Seberang Takir semalam yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). – HARAKAHDAILY 28/2/2018