Mahathir jangan jadikan pelajar, pendidik ‘tikus makmal’

KUALA  LUMPUR: Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mengingatkan parti yang menjadi kerajaan jangan jadikan pelajar dan warga pendidik di Malaysia sebagai ‘mangsa eksperimen’ atau ‘tikus makmal’.
 
Presiden Pendidik, Normala Sudirman berkata, pelajar dijadikan mangsa sehingga masa depan pelajar dalam dunia pembelajarannya gelap akibat dasar pendidikan yang carca marba tidak konsisten dan tidak terarah.
 
Beliau mewakili Pendidik membantah cadangan untuk melaksanakan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 
 
Katanya, ini kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 .
 
Menurut beliau, dalam Akta tersebut jelas meletakkan kepentingan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam semua subjek penting mata pelajaran utama di sekolah. – HARAKAHDAILY 3/3/2018
 
(Ikuti bidasan lanjut beliau yang akan disiarkan dalam Harakah cetak terbaharu Bil.2328 edisi Isnin ini nanti)
Advertisement