PPSMI: Bukti PH tiada gagasan memerintah

tantawi

KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohammad untuk memperkenalkan semula suatu dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas membuktikan PH tiada gagasan dalam memerintah negara.

Advertisement

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan,  PPSMI adalah suatu dasar pendidikan yang mencetuskan kontroversi   ia telah dibantah oleh rakyat dari pelbagai latarbelakang.

Tambahan pula kata beliau, kelima-lima Sasterawan Negara sendiri termasuk ahli akademik terkemuka, Profesor Diraja Ungku Aziz juga menyatakan pendirian menolak pelaksanaan PPSMI ketika ia diperkenalkan suatu ketika dahulu.

“Dasar yang diluluskan melalui suatu mesyuarat khas jemaah menteri  pada 2002 dan kemudian mula dilaksana pada 2003 itu telah mencetuskan demonstrasi besar-besaran pada Mac 2009 sebelum akhirnya diumumkan pemansuhannya oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata beliau dalam satu kenyataannya semalam. – HARAKAHDAILY 2/3/2018

Editor : Lanjutan isu ini akan disiarkan dalam Harakah Edisi Isnin 2328