PAS bukan parti diskriminasi

DUNGUN: PAS bukan sebuah parti yang mendiskriminasikan rakyat dan telah terbukti dalam pemerintahannya di Kelantan serta Terengganu.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengingatkan kembali masyarakat Tionghua di negeri ini yang diberi layanan adil oleh kerajaan PAS Terengganu.
 
Katanya, sepanjang tempoh satu penggal PAS memerintah Terengganu dari tahun 1999-2004 tidak berlaku sebarang diskriminasi parti itu.
 
“Ini kerana, katanya ajaran Islam tidak membenarkan berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyat termasuk di kalangan non-Muslim.
 
Semasa pemerintahan PAS Terengganu tahun 1999-2004, tidak ada diskriminasi yang dilakukan kepada masyarakat Tionghua di negeri ini. 
 
“Kita (PAS) tidak pernah halang hak beragama dan berkebudayaan untuk masyarakat Cina. Mereka juga boleh tanya kawan-kawan Cina di Kelantan, apakah kerajaan PAS khianat terhadap warga Tionghua di Kelantan. 
 
“Kita (di Terengganu) ada agihkan lot-lot tanah kepada rakyat termasuk masyarakat Tionghua tetapi dirampas kembali oleh pemerintahan Umno-BN selepas itu,” jelasnya.
 
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat PAS Kawasan Dungun di perkarangan SJK (C) Sin Chone Dungun, Kampung Batu Lima, Paka, di sini semalam. – HARAKAHDAILY 2/3/2018
 
(Ikuti bicara lanjut beliau yang disiarkan dalam Harakah cetak Bil.2328 edisi Isnin)
 
Advertisement