PAS Wangsa Maju edar sisipan Harakah

WANGSA MAJU: PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengedarkan naskah sisipan Harakah di Masjid Usamah bin Zaid, Seksyen 2 dan Masjid Ibnu Abas, Taman Ibu Kota, di sini semalam.

Advertisement

Program mingguan ini merupakan yang ketiga diadakan selepas Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP) menerbitkan risalah penerangan umum tersebut untuk edaran secara percuma.

Ianya sekali gus memberi ruang kepada pimpinan PAS kawasan untuk mendekati masyarakat tempatan secara dekat khususnya para pengundi di Parlimen P.116 Wangsa Maju ini.

“(Reaksi) Penerimaan warga Wangsa Maju kepada PAS sangat baik dan memberangsangkan walaupun kalangan bukan ahli PAS,” ujar Timbalan Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Izamuddin Ludin merangkap Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Wangsa Maju.

Turut serta adalah Naib Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan.

Tambah beliau, PAS Wangsa Maju tetap optimis untuk mendekati masyarakat tempatan sama ada mereka penyokong PAS atau pun tidak, sesuai dengan gagasan terkini yang diperjuangkan PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). – HARAKAHDAILY 3/3/2018