MAT Temerloh meriah, bakar semangat juang

TEMERLOH: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Temerloh Kali Ke-31 telah dirasmikan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan dilangsungkan di Markaz Tarbiah Darul Amin, Sungai Gau, di sini kelmarin.

Advertisement

Bertemakan “Sejahtera Bersama Islam” mesyuarat dimulakan dengan pemeriksaan kawalan perbarisan Jabatan Amal Temerloh sebelum majlis perasmian dijalankan.

Turut memeriahkan adalah kehadiran tokoh-tokoh veteran PAS Temerloh yang menerima Anugerah Jasamu Dikenang dalam menghargai mereka sebagai generasi perintis awal di kawasan itu.

Turut diadakan ialah pelancaran Alternative Martial Art Club (AMAC), Alternative Cycling Club (ACC), Alternative Photography Club (APC) dan Alternative 4 by 4 Club (A4C) di bawah Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Temerloh.

Mesyuarat juga menyaksikan ikrar untuk mempertahan kemenangan Temerloh dan Kuala Semantan, di samping berusaha keras bagi mencapai kemenangan di Dun Mentakab dan Lanchang.-HARAKAHDAILY 6/3/2018