PAS membawa politik solusi

Timbalan Presiden PAS, Dato‘ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata:

Advertisement

Kita melihat penyelesaian PAS sekarang ini Gagasan Sejahtera kita bergerak ke arah politik solusi, politik penyelesaian, bukan lagi politik cerca naik atas pentas, maki hamun, cerca, serang, tapi gagal mengemukakan apa alternatif. Dalam Gagasan Sejahtera sekarang kita kemuka apa alternatif. Contohnya 1MDB, contohnya isu Felda, isu perumahan rakyat, isu kos hidup, isu GST.

“PAS kita keluar Dokumen Hijau, suatu dokumen penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Sebagai contoh Tun Mahathir kata kalau dia diberi mandat, dia akan balik laksanakan semula PPSMI. Bila orang tanya komen tentang tol, dia kata tol Malaysia ini antara yang murah. GST dia akan hapus, tapi balik semula kepada SST. Penyelesaian dalam Gagasan Sejahtera, kita tidak balik semula kepada SST, kita menentang GST, tapi kaedah yang kita guna ialah kaedah mengambil kekayaan harta orang kaya beri kepada orang miskin.

“Sekarang ini GST sama rata, orang kaya enam percent orang miskin enam percent, orang berada enam percent orang cacat pun enam percent. Ini adalah sistem yang tak adil. Kaedah Islam yang digaris oleh Allah Taala, oleh Nabi S.A.W:

تؤخذ من أغنيائهم وترد إلى فقرائهم

Ambil daripada orang kaya mereka, bagi kepada orang miskin”

Kalau SST juga tidak adil, dan sistem ternyata memberi ruang kepada orang yang melindungi sumber, menyebabkan negara hilang pendapatan besar. Dalam Dokumen Hijau yang kita kemukakan, kita dapati sebenarnya ramai aset yang dimiliki oleh orang kaya yang tidak dikenakan cukai. Transaksi kewangan di BSKL, pemilikan saham golongan kaya berjuta-juta, orang ini tak kena cukai. Padahalnya merekalah sepatutnya dikenakan cukai diambil untuk diberi kepada orang miskin. Jadi kaedah ini yang kita cari.

“Yang kedua pengerusi ialah politik Gagasan Sejahtera ialah politik solusi, cari penyelesaian. Kalau kita duduk bertempik maki hamun cerca, contoh isu 1MDB, siapa pun akan ambil alih kerajaan selepas ini dia terpaksa pikul hutang 1MDB. Jadi jalan keluarnya apa? Isu Felda, memang kita tahu masalah besar. Tapi apa jalan keluar? PAS kita kemuka jalan penyelesaian kepada masalah kemelut yang berlaku dalam negara. 

Ikuti teks transkrip dan suntingan dari jawapan beliau di Program Anda Tanya PAS Jawab di Perkarangan Pejabat Adun PAS Tanjung Lumpur, Sungai Isap, Kuantan pada 4 Mac 2018 yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). – HARAKAHDAILY 7/3/2018