KENINGAU: PASTI Al-Falah buat julung kalinya telah berjaya menubuhkan Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) hasil pertemuan yang diadakan di Taman MDK, di sini kelmarin.
Penubuhan itu dalam usaha meningkatkan semangat kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan pentadbir PASTI Al-Falah dan ibu bapa.
Mesyuarat pembentukan telah diadakan serentak Mesyuarat Agung Kali Pertama yang sebelum itu dimulai dengan bacaan Yaasiin dan doa selamat serta solat Isyak dan hajat secara berjamaah.
Majlis perasmian mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Keningau, Ustaz Syahid Yusof yang dalam ucapannya menegaskan peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.
Dengan pembentukan jawatankuasa JIBG itu menjadi titik penting ke arah memperanankan PASTI Al-Falah lebih luas dalam masyarakat setempatnya khususnya dalam pendidikan Islam. -HARAKAHDAILY 8/3/2018