Kerajaan BN utama kroni

MARANG: Banyak projek yang dilaksanakan kerajaan negeri di Terengganu sekarang didakwa dilakukan atas kepentingan kroni.

Advertisement

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, Yahaya Ali berkata, kerajaan Umno dan BN banyak melakukan pembaziran sehingga gagal mengurus wang rakyat secara berhemah.

“Kerajaan yang ada sekarang hanya fikir buat projek untuk kroni sahaja. NGO kena beri kesedaran kepada rakyat walau pun mereka tidak mahu berpolitik.

“Kena jelaskan kepada rakyat bagaimana kerajaan yang ada tidak cakna duit rakyat, dibazirkan dalam satu jumlah yang besar,” katanya di Merchang.

Yahya memaklumkan, antara pembaziran yang berlaku termasuk penganjuran Piala Monsun Cup mencecah RM1 bilion, Mini Zoo Kemaman dan Taman Burung Tasik Kenyir.

Menurutnya juga NGO mempunyai peranan dan kepakaran tertentu boleh menyedarkan rakyat tentang masa depan negara.

“NGO di Terengganu banyak, setakat yang kita senaraikan yang selalu ikut program kita sebanyak 64 NGO,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 8/3/2018