Bukan anak Kelantan boleh miliki rumah

KOTA BHARU: Bukan anak Kelantan berpeluang memiliki hartanah di negeri itu apabila kerajaan negeri memberi keistimewaan kepada orang Melayu bukan anak Kelantan.
 
Timbalan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda) Cawangan Kelantan, Dato’ Samsuri Awang Mat bagaimanapun memaklumkan, mereka perlu memenuhi syarat-syarat mengikut Pekeliling Pejabat Tanah Galian (PTG) Kelantan.
 
Katanya, orang Melayu bukan anak Kelantan akan mendapat kelulusan pindah milik lebih cepat tanpa melalui kelulusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
 
“Keistimewaan itu hanya diberi kepada pembeli yang membeli rumah melalui pemaju yang menyertai Ekspo Hartanah (Mapex),” ujarnya di sini.
 
Mapex Kelantan 2018 akan bermula 18 Mac ini akan diadakan di pusat membeli belah KB Mall. -HARAKAHDAILY 12/3/2018
Advertisement