PAR Benut edar buletin dekati masyarakat

PONTIAN: Pusat Aduan Rakyat (PAR) N.53 Dun Benut dengan kerjasama Ameerah Kawasan Pontian telah mengadakan program edaran Buletin PAR di Pasar Lambak, Benut, di sini kelmarin.
 
Program diketuai Penyelia PAR Benut, Mohd Firdaus Jaffar itu turut disertai 10 petugas yang mengedar dan menyantuni para pengunjung pasar pagi itu.
 
Edaran buletin itu sebagai usaha menyemarakkan maklumat PAS dalam kalangan masyarakat setempat selain mendapat maklum balas mengenai isu semasa.
 
Menurut Firdaus, masyarakat di situ yang majoritinya Melayu ternyata terbuka dan memberi reaksi baik dengan maklumat yang terkandung dalam buletin diedarkan itu.
 
Manakala bagi wakil Ameerah Pontian, Nurnadia Hamdi, penyertaan bersama pada edaran tersebut menjadi kesempatan pihaknya mendekati masyarakat. -HARAKAHDAILY 12/3/2018
Advertisement