‘Home Visit’ Puteri Wangsa beri khidmat kesihatan

TEBRAU: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Puteri Wangsa telah mengadakan program ‘Home Visit Tebrau’, di sini kelmarin.

Advertisement

Program tersebut bersama angkatan rombongan Pegawai Perubatan, Dr Asraf Ismail dan lima anggotanya yang bersiap untuk memberi khidmat kesihatan.

Turut serta, Pegawai Khas PKWR Dun Puteri Wangsa, Sazali Siron dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Tebrau, Azman Atmin serta pimpinan PAS Tebrau dan Muslimat PAS Tebrau.

Pergerakan mereka yang dibahagikan kepada tiga kumpulan, melibatkan 26 petugas itu telah berjaya memberi khidmat kepada 73 pesakit pelbagai kaum yang telah disenaraikan.

Dr Asraf dalam ucapannya menyatakan kegembiraan atas komitmen yang telah diberikan oleh petugas-petugas serta penerimaan masyarakat atas program tersebut.

Yang DiPertua PAS Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail mewakili Adun Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Husin menghargai inisiatif tersebut.

Beliau berharap agar program seumpama dapat dilaksanakan secara aktif dan kerap agar lebih ramai penduduk mendapat manfaat seumpama. – HARAKAHDAILY 13/3/2018