Pemuda diseru kuat yakini Allah dan Rasul

KEPALA BATAS: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-33 yang berlangsung di Kompleks Tarbiyah Islamiah Al-Falahiah (KOMTIF), Kota Aur, di sini kelmarin.

Advertisement

Perasmian telah disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Nik Abdul Razib Nik Abdul Rahim, selain kehadiran pemerhati dari PAS Kepala Batas, Zaharin Abdul Kadir dan Ridwan Osman.

Ustaz Nik Razib Nik dalam ucapannya menyentuh ayat 10 hingga 12 surah as-Saff dengan menegaskan agar para Pemuda menguatkan keyakinan kepada Allah dan Rasul.

Katanya, Allah menawarkan satu kejayaan kepada umat Islam iaitu menerusi berjihad di atas jalan-Nya dengan harta benda dan jiwa raga.

Beliau juga menekankan supaya semua perwakilan berusaha melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar menepati pra syarat kemenangan.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kepala Batas, Ustaz Abdullah Azzam Abdullah menyeru semua Pemuda beristiqamah dan menjadi penggerak di semua posisi parti. – HARAKAHDAILY 13/3/2018