2,000 muslimat sokong Bangkit Pertahan

KOTA BHARU: Lebih kurang 2,000 muslimat dari seluruh Kelantan menyatakan sokongan terhadap perhimpunan ‘Bangkit Pertahan’ yang dianjur kerajaan negeri.

Advertisement

Program itu sarat dengan amanat dan taujihat dimulakan dengan solat hajat berjemaah yang dipimpin Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Hafizah Abdullah.

Hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyampaikan amanat kepada muslimat yang hadir.

Kalam taujihat pula disampaikan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Yusoff.

Persembahan oleh Pencetus Ummah (PU) Rozi dengan alunan zikir, nasyid serta motivasi menarik perhatian orang ramai yang hadir.

Jemputan khas dari Sudan, Dr Kawthar Bayoumi Abdullah turut berkongsi pengalaman dalam memperjuangkan isu wanita di Sudan.

“Saya bangga dan gembira atas jemputan daripada negeri Kelantan. Empat tahun lepas pernah datang ke Malaysia tidak tahu budaya sini.

“Saya percaya Allah pilih Malaysia berkongsi pengalaman, sekarang sedang menyiapkan tesis PhD di UTM Skudai, katanya.

Manakala di Padang Perdana yang terletak bersebelahan, orang ramai mulai memenuhi ruang padang. Perarakan motosikal anak muda diadakan selepas solat Asar. – HARAKAHDAILY 16/3/2018

Muslimat Dewan Jubli Perak