PAS N9 beri perhatian golongan memerlukan

REMBAU: PAS Negeri Sembilan bersama PAS Kawasan Rembau telah mengadakan ziarah kebajikan dan sumbangan bagi membantu golongan memerlukan di Mambau, Dun Rantau, di sini semalam.
 
Program tersebut sebagai melaksanakan tanggungjawab kebajikan yang dipimpin kunjungannya oleh Bendahari PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Dolah sendiri.
 
Dalam kunjungan turut diwakili Ketua Muslimat PAS Rembau, Masita Mohamed Ali dan Ahli Jawatankuasa PAS Rembau, Ishak Omar itu, antara dilawati mereka adalah Nurul Natrah Norzaid.
 
Anak muda itu masih memerlukan bantuan dan sokongan untuk menyara tujuh adik tirinya setelah ibu mereka meninggal tahun lalu melibatkan keperluan barangan dapur dan perbelanjaan harian.
 
Pihak PAS turut menyumbangkan wang tunai bagi keperluan anak-anak tersebut meneruskan pengajian dengan menjelaskan yuran-yuran berkaitan ketika berkunjung di kediaman mereka di Taman Angsamas, di sini.
 
Antara turut dibantu adalah keluarga asnaf, Yasmin Ramli yang kehilangan punca pendapatan kerana keadaan kesihatannya dan masih menyara anak belajar di tadika.
 
Atas ziarah tersebut, sumbangan diberikan kepadanya agar dapat meringankan beban yang ada ketika ditemui di rumah beliau, juga di Taman Angsamas. -HARAKAHDAILY  16/3/2018
Advertisement