RM1,670.65 kutipan derma ceramah Tun M

KUALA LUMPUR: Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan situasi dan gerakan politik Pakatan Harapan (PH) penuh dengan ironik.
 
Mengulas ringkas perkembangan sedang dilalui koalisi itu, beliau sinis mengemukakan jumlah kutipan derma RM1,670.65 yang dikutip oleh pimpinan utama PH semasa ceramah di FELDA Besout, Tanjung Malim, semalam.
 
“Kesian kat orang FELDA Besout, Tanjung Malim, Perak. Yang datang berceramah kepada mereka malam tadi bukan sebarang orang tetapi adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
“Isteri bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan bekas Ahli Parlimen Malaysia, Mohamad Sabu. Yang datang itu, khususnya Tun Dr Mahathir, bercakap berdegar-degar. 
 
“Mahu memperjuangkan nasib mereka selaku orang FELDA. Datang pula dengan penuh kemewahan, tiba-tiba meminta derma dari mereka yang susah yang dijanjikan untuk dibantu itu.
 
“Dan akhirnya diumumkanlah bahawa jumlah kutipan derma malam tadi adalah sebanyak RM1,670.65. Itulah ironiknya politik PH,” ujarnya membidas dan menyindir. – HARAKAHDAILY 17/3/2018
Advertisement