PAS boleh jamin perubahan di Sabah?

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata:

Advertisement

Tuan-tuan sekalian, pilihan raya di Malaysia, di Semenanjung, empat lima buat negeri sudah pun bertukar. Satu waktu dahulu di Semenanjung sama … Di Sabah. Bila mana kerajaan Umno Barisan Nasional tidak peduli kepada nasib rakyat, rakyat bangkit buat perubahan. Yang berubah negeri apa? Negeri Kelantan, 27 tahun Umno gagal memerintah di Kelantan. Kelantan dikatakan negeri mundur, negeri miskin, tetapi tuan-tuan, orang miskin yang ada di jiwa, ada maruah diri lebih baik daripada kaya yang tak ada maruah diri. 


“Kelantan dikatakan negara yang tidak ada masa depan, negara yang paling miskin, tetapi tuan-tuan, Negeri Kelantan sanggup mengekalkan kepada PAS walaupun pelbagai tuduhan, tekanan dibuat sebab mereka lihat bahawa lagi banyak kita beri peluang kepada Umno Barisan Nasional, maka rakyat makin menderita. Bayangkan politik jadi bahan untuk dijual beli. Politik bukan komoditi untuk dijual. 

“Hari ini politik menjadi komoditi untuk dijual. Mereka masuk politik untuk bolot kekayaan, tak peduli kepada nasib rakyat. Mereka gunakan kuasa politik untuk kaut kekayaan negara, tanah ribuan ekar. Tuan-tuan bayangkan, saya minta maaf, saya sangat simpati dengan apa yang berlaku di sini. Bila saya sampai di kampung ini, sebab saya tahu di Sabah ini, ada syarikat mendapat beribu-ribu ekar tanah, ribuan ekar tanah. Tak akan tapak rumah untuk penduduk pun tak boleh diberi?

“Apa masalahnya tuan-tuan? Apa masalah bagi kerajaan bagi hak milik tapak rumah bagi rakyat? Sebab itu kita dalam manifesto PAS, bersama Gagasan Sejahtera, kita bagi komitmen kalau kita memerintah, kita akan sediakan satu lot tapak rumah kepada rakyat yang tidak ada tanah. Kita akan bagi hak milik bagi geran untuk mereka membina rumah di atas tanah mereka sendiri. 

“Dan saya penuh yakin dalam konteks Sabah, kita bukan hanya mampu bagi tanah untuk tapak rumah, bahkan kita mampu sediakan paling tidak pun tanah-tanah untuk pertanian yang diberi hak milik kepada penduduk.

“Kita mampu buat. Negeri kita luas. Kalau orang asing dapat pemilikan tanah di Sabah, apa bagaimana nasib kita rakyat Sabah? Saya tidak ada isteri di Sabah dan saya tidak ada kepentingan dalam konteks Sabah. Nanti ada yang kata, ini bergegar-gegar ceramah ini mungkin ada isterinya, pak mertuanya di sini, tidak.
 

Ikuti teks transkrip dan suntingan dari jawapan beliau di Fastaqim 2.6 Negeri Sabah semalam yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). – HARAKAHDAILY 18/3/2018