Turun padang tangani kesusahan hidup penduduk

SIBUTI: PAS Kawasan Sibuti telah mengadakan ziarah kebajikan dalam menyantuni kehidupan masyarakat di Kampung Bom, Niah, di sini semalam.
 
Program turun padang secara rutin mingguan itu sebagai memenuhi tanggungjawab memberi perhatian kepada golongan memerlukan perhatian dan belas kasihan sewajarnya.
 
Antara dikunjungi itu adalah mereka yang kurang upaya, fakir miskin dan ibu tunggal di mana rombongan PAS disamping mendengar keluhan turut menghulurkan sumbangan.
 
Dipimpin oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak, Muhammad Afiq Mhd Khazar, menerusi inisiatif itu juga pihak PAS menggesa pihak berwajib antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal lebih aktif memberi sokongan berkaitan kepada golongan tersebut.
 
“Keperihan hidup mereka ini telah mengakibatkan generasi anak-anak mereka keciciran dalam pendidikan. Keadaan ini amat meruntunkan hati apabila si anak kecil gagal ke sekolah hanya kerana isu kesusahan keluarga,” terangnya. -HARAKAHDAILY 18/3/2018
 
Advertisement