ART JAM bantu tangani kesan ribut di PJS

PETALING JAYA SELATAN: Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah menggerakkan kerahan segera menangani pokok besar yang tumbang akibat kejadian ribut di Masjid As-Salam, Flat Petaling Utama, PJS 1, di sini awal pagi hari ini.
 
Tindakan tersebut telah dilaksanakan Amal Rescue Team (ART) Petaling Jaya Selatan dibantu anggota dari Hulu Selangor dan Sepang setelah mendapat aduan penduduk walaupun perkara tersebut di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Menurut Ketua ART Petaling Jaya Selatan, Muhammad Affandi Abdul Raof penduduk di sini sudah mesra dengan Jabatan Amal yang sebelum ini melakukan pelbagai khidmat kebajikan di mana antara terbaru membaiki pagar flat penduduk.
 
Ribut tersebut telah menyebabkan pokok besar setinggi 3 tingkat itu tumbang di mana merosakkan sebuah kenderaan dan merobohkan tembok masjid serta pagar dawai TNB dalam kejadian lewat petang semalam. -HARAKAHDAILY 19/3/2018
Advertisement