Jangan khianat perjuangan Islam

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok berkata:

Advertisement

Maklumat, ilmu dan pengalaman ini sangat-sangat perlu kita jaga, bahawa dari zaman junjungan kita S.A.W sampai sekarang dan insyaa Allah sampai hari kiamat, siapa-siapa sahaja yang mengkhianati perjuangan Islam, pengkhianatannya itu akan menjadi laknat kepada dia dan kaum keluarganya di dunia dan di akhirat. 

“Inilah yang paling membimbangkan kita. Pada tahun 1975, pertengahan tahun 1975, sekembalinya saya daripada luar negeri menamatkan pelajaran pertengahan tahun 1975. Saya sebagai pensyarah UKM dan ada seorang lagi namanya Tuan Haji Faisal Othman juga pensyarah UKM dipanggil oleh Dato’ Asri Yang Di-Pertua Agung PAS Parti Islam Se-Malaysia untuk menemui dia di pejabat Agung PAS di hujung Hospital Tawakal dulu. Bukan Hospital Tawakal yang ada sekarang ini. Yang ada di barisan jalan, Hospital Tawakal hujung itu di situ dulu pejabat Agung PAS. 

“Dato’ Asri memanggil saya dengan Tuan Haji Faisal adalah untuk menanyakan kepada saya dan Tuan Haji Faisal, adakah saya sanggup dan sudah bersiap sedia untuk terjun sepenuhnya ke tengah-tengah medan memimpin, menjadi salah seorang pimpinan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS ini? Sebelum saya mengadap Dato’ Asri di pejabatnya, saya duduk menunggu panggilan di pejabat Setiausaha Agung iaitulah Ustaz Hassan Shukri Allahyarham. Ustaz Hassan Shukri dalam bersembang-sembang itu dia menyebutkan Pak Dr Sanusi dan saudara Haji Faisal, dipanggil Dato’ Asri untuk menanyakan kemampuan dan kesediaan untuk menjadi pimpinan. 

“Maka sebelum menemui Dato’ Asri dan mendengar tawarannya itu, maka saudara-saudara berdua ini kena memahami betul-betul, adakah sanggup tidak mengkhianati perjuangan atau belum bersanggupan sepenuhnya? Kalau belum bersanggup sepenuhnya, maka duduklah di pinggir-pinggir dulu. Kalau sudah sanggup sepenuhnya, bolehlah terima tawaran Dato’ Asri.

“Sebab Ustaz Hassan kata sepanjang, itu tahun 1975, sepanjang sejarah PAS daripada tahun 1951, ditubuhkan sampai sekarang kata Ustaz Hassan Shukri, sekarang itu tahun 1975, setiap ahli PAS, pimpinan PAS yang mengkhianati perjuangan PAS hidupnya dan keluarganya tidak selamat dan tidak mendapat keberkatan. 

“Ditunjuk seorang-seorang, ditunjuk seorang-seorang orang ini pernah mengkhianati PAS, orang ini pernah jadi wakil rakyat tapi mengkhianati PAS. Orang ini begini. Orang ini begini. Semuanya ternyata hidupnya mendapat laknat. Dan sampai sekarang anak-anak dan sahabat-sahabat sekalian, kita boleh hitung seorang-seorang yang mengkhianati perjuangan PAS, yang tidak mendapat keberkatan dalam hidup.  

Ikuti teks transkrip dan suntingan dari ucapan beliau di Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Klang-33 semalam yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). – HARAKAHDAILY 19/3/2018