PAS tidak ke mana gabung dengan parti kecil?

Dr Azman2
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim melontarkan ingatan kepada pihak yang menggelar rakan Gagasan Sejahtera sebagai parti kecil supaya mencermin diri.
 
Menurutnya, pihak di dalam PH yang merendahkan keupayaan PAS tidak akan ke mana kerana bergabung parti kecil perlu melihat sejauh mana pula besarnya gabungan mereka.
 
“PAN ada berapa ahli dan Cawangan? Berapa Mesyuarat Agung Cawangan yang berjaya dibuat? Berapa Markas PAN yang ada? PKR dan PPBM pun sama. Bendera di tepi jalan lebih banyak dari ahli.
 
“Bergabung dengan parti kecil yang sedar bahawa mereka kecil lebih baik dari bergabung dengan parti perasan besar dengan nafsu lebih besar dari kudrat!
 
“Tan Sri Kadir Syeikh Fadhil sebut dalam ucapan masa Fastaqim di Kuala Terengganu. Campur semua jumlah ahli PAN, DAP, PKR dan PPBM belum mampu menyamai separuh dari jumlah ahli PAS,” bidasnya. -HARAKAHDAILY 19/3/2018
Advertisement