Jelajah Kamek Prihatin sampai Sebuyau, Batang Sadong

SADONG JAYA: Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah mengadakan siri Jelajah Kamek Prihatin ke Sebuyau dan Batang Sadong pada 17 Mac lalu dan berakhir kelmarin.
 
Ianya satu usaha meluaskan inisiatif mendekati masyarakat melibatkan kerjasama Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar, Bintulu, Batang Sadong dan Kuching.
 
Antara diadakan ialah ceramah kelompok menerangkan mengenai PAS, selain sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada golongan kurang berkemampuan.
 
Paling mendapat perhatian adalah jualan amal melibatkan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dilelong dengan harga hanya RM1 bagi setiap helaian.
 
Turut dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan khidmat dan kepakaran doktor perubatan yang didatangkan khas menjalankan ujian umum berkaitan.
 
Selain itu, para petugas yang menyertai siri jelajah itu juga memesrai penduduk setempat dengan edaran risalah khas penerangan dalam menyampaikan prinsip dan dasar PAS.
 
Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Sarawak, Dayangku Huda Ahmad menegaskan bahawa isu kebajikan rakyat bumi Darul Hana itu dan kesedaran mereka menjadi fokus Muslimat PAS di negeri itu. -HARAKAHDAILY 20/2/2018
Advertisement