Motif projek kayakan kroni kapitalisme

BESUT: Projek Jerteh Souq hanyalah pembangunan bersifat kroni kapitalisme di mana diberi kepada kontraktor yang rapat dengan Umno-BN dan menambah senarai pembinaan bermasalah di Terengganu.
 
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, Jerteh Souq juga telah menjadi sebahagian daripada projek-projek mega kontroversi lain di negeri itu yang tidak mendatangkan manfaat secara jelas.
 
Beliau menyenaraikan projek mengalami nasib seumpama seperti Kompleks Taman Ilmu Tembila, pembangunan di Kenyir dan Mini Zoo Bukit Takal Kemaman, projek rumah rakyat di Pulau Perhentian dan lain-lain.
 
Kesalinya, projek-projek sedemikian bukan sahaja menggunakan dana sangat besar, malah ada yang terbengkalai atau telah menjadi ‘gajah putih’, sedangkan ia mengkayakan pihak kroni dengan mengaut untung.
 
Ketika sama ujarnya, para peniaga dipengaruhi dengan pembangunan penuh hiasan, walhal hasil jualan diraih mereka tidak meningkatkan pendapatan, selain berhadapan pelbagai masalah lain termasuk jenayah. -HARAKAHDAILY 24/3/2018
 
(Ikuti pendedahan lanjut beliau disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2334 edisi Isnin yang bakal berada di pasaran  esok) 
Advertisement