Mangsa ribut Guar Kepah dibantu Muslimat

KEPALA BATAS: Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas telah menziarahi mangsa ribut di Guar Kepah, di sini semalam.
 
Kunjungan tersebut bagi menzahirkan simpati dan menyerahkan sumbangan wang tunai sebagai usaha meringankan ujian ditanggung mangsa.
 
Ekoran ribut kuat tersebut, tiga rumah penduduk rosak teruk dalam kejadian yang melanda selepas Asar, Jumaat 23 Mac lalu itu.
 
Mangsa, Bee Ahmad ketika mencerita detik kejadian memberitahu, ribut tersebut berlaku ketika hujan lebat hingga menyebabkan kerosakan teruk struktur rumahnya. 
 
Manakala seorang lagi mangsa, Maryam Hasan melahirkan rasa syukur kerana diselamatkan anaknya ketika kejadian yang menimpakan kerosakan teruk kediamannya. -HARAKAHDAILY 26/3/2018
Advertisement