SH diseru kembali ke etika sebenar

BISMILLAH. Saya mempunyai beberapa rakan wartawan dari akhbar Sinar Harian (SH) edisi Terengganu. Saya sangat menghormati profesion mereka. Sentiasa saya cuba mengajak mereka dalam mana-mana majlis utama untuk liputan kerana sebelum ini, akhbar SH tidak terlalu memihak.

Advertisement

Tetapi agak kecewa dengan cara pemutaran fakta dan tajuk berita yang telah dilakukan sepertinya mahu berkempen menghapuskan PAS bagi pihak lain. Saya percaya SH edisi Terengganu tidak sebegitu. Mungkin ada tangan-tangan luar lain yang cuba merosakkan hubungan SH dengan PAS.

Saya sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu mewakili BPPNT amat kesal dengan cara pemberitaan SH yang cuba memberikan persepsi buruk kepada PAS. Atas nama Allah, saya menyeru SH dan semua akhbar untuk kembali ke landasan sebenar penulisan.

Kritiklah PAS tapi jangan memfitnah, marahlah PAS tapi jangan berbohong, kejilah PAS tapi jangan meliar, kerana kita sebagai orang Islam, ada neraca dosa pahala di dalam perbuatan kita. Kepada Allah kami serahkan segalanya. Wallahua’lam.

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu
8 Rejab/26 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 26/3/2018