PAN parti yang gagal: Malaysia Date Line

SAYA sebenarnya merasa sangat kasihan dengan PAN yang tidak habis-habis dikritik dan diperlekehkan oleh bukan sahaja lawan tetapi juga rakannya.

Advertisement

Terbaharu adalah rencana yang termuat di dalam portal berita Malaysia Date Line yang selama ini diketahui sering menyiarkan laporan yang menyokong parti politik itu.

Rencana bertajuk “PAN perlu ‘move on’” yang mengulas
buku Ahmad Lutfi Othman, “PAN: Cabaran, halangan dan potensi sebagai parti Islam berpengaruh, berintegriti”, ini menulis mengenai kegagalan PAN dengan di antara lainnya menyebut:

●     PAN tidak mampu menjelaskan dan menghidupkan ciri-ciri ‘generasi politikal Islam kedua’ yang dilaung-laungkan.

●    PAN gagal menunjukkan keutamaan yang lebih utama ketika ini berbanding hudud yang dikatakan bukan satu keutamaan.

●    PAN yang ada pada hari ini masih gagal membentuk ideolog tersendiri, dan terikat dengan peribadi tokoh pemimpin PAS.

Malah, turut disebutkan juga hujah berulang kali Ahmad Lutfi, sama seperti hujah saya sebelum ini, mengenai kedemokratikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apakah munasabah PAN selaku sebuah parti yang gagal ini boleh mencatatkan kejayaan di dalam pilihan raya seperti yang dilaungkan oleh pemimpinnya? – HARAKAHDAILY 27/3/2018