Pindaan persempadanan semula dipersoal

DRAF persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan Parlimen menyaksikan banyak kelainan prosiding wujud berbanding sebelumnya.

Advertisement

Ahli Parlimen (PAS-Kota Bharu), Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan kali keenam, namun selepas 15 tahun yakni terakhir pada 2003, berbeza sebelum iaitu kali keempat dan kelima tempoh 9 tahun.

Pertikai beliau, tempoh pembentangan kali ini juga begitu singkat berbanding sebelum-sebelum yang mengambil sekurang-kurangnya empat bulan iaitu tahun 2003 juga.

Setiausaha Agung PAS itu merujuk tempoh perbahasan 10 minit semalam selain tercicir yang Sabah buat kali pertama dalam persempadanan itu.

Pembentangan itu juga persoalnya tidak dibuat bersekali mengikut Artikel 113 3A1 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 46 berkaitan penambahan kerusi.

Takiyuddin juga menyatakan, pertambahan turut tidak berlaku kepada Terengganu sejak 1984 dan Kelantan pula terakhir satu pertambahan pada 1994. – HARAKAHDAILY 29/3/2018