300 NGO OKU turut pertahan Kelantan

KOTA BHARU: Kira-kira 300 pertubuhan Orang Kurang Upaya (OKU) seluruh negara berhimpun di Kota Bharu hari ini bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi berkata, persidangan OKU Muqarrabun dihadiri wakil pertubuhan itu dari seluruh negara.

“Persidangan ini khusus untuk mengabung dan menghubungkan semua pertubuhan orang kurang upaya bagi membolehkan mereka memberi maklumat dan mendedah masalah dihadapi.

“Jadikan wadah ini sebagai ‘direct to the source’ dan apa sahaja yang boleh kita lakukan, InsyaAllah kita akan lakukan,” katanya selepas merasmikan Persidangan OKU Muqarrabun di sebuah hotel di sini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Faizal Che Yusof yang juga seorang peguam.

Pada 18 Mac lepas PAS melancar Unit Pengupayaan Orang Kelainan Upaya (Upaya) di Tawau, Sabah. – HARAKAHDAILY 29/3/2018