Umno guna sekolah tonjol calon PRU

TEMERLOH: Umno Pahang kini giat menggunakan premis sekolah sebagai tempat untuk mempromosi bakal parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Advertisement

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim berkata, Umno begitu ghairah mengambil peluang yang diadakan di sekolah dengan kehadiran ibu bapa pelajar bagi menonjolkan bakal calon.

Katanya, apa kaitan pemimpin Umno terbabit dengan sekolah kerana mereka bukan penjawat awam.

“Adakah dengan status jawatan sebagai ketua bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita mereka boleh menggunakan premis sekolah sesuka hati.

“Sebaliknya kalau pemimpin berkenaan anggota Exco kerajaan negeri, wakil rakyat atau lain-lain jawatan yang berkaitan tidak menjadi masalah,” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Temerloh. – HARAKAHDAILY 29/3/2018