Malam Ribat Ruhi usaha gapai nusratullah

BATU PAHAT: Roh mukmin yang memperteguhkan sabar hingga mencapai martabat takwa sebagaimana para Sahabat R.A dalam Perang Badar cuba diterap semai ke dalam diri ahli PAS.

Advertisement

Usaha itulah yang usaha dilaksana Dewan Ulamak PAS Negeri Johor menerusi penganjuran Malam Ribat Ruhi yang diadakan di Kompleks PAS Kawasan Batu Pahat, Rengit, di sini pagi ini.

Munajat seawal jam 3:00 pagi itu telah menghimpunkan lebih 300 amilin bersama para pimpinan PAS Negeri Johor dan aturcara diterajui Ketua Ulamak PAS Johor, Ustaz Azlisham Azhar.

Manakala solat Subuh diimamkan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin diikuti pembentangan kertas kerja oleh Ketua Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad.

Kupasan padu beliau selama 2 jam itu memperincikan perihal berkaitan Taawun Siyasi selain penjelasan berkenaan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Pengarah Pilihan Raya Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail yang juga Pengerusi Panitia Malam Ribat Ruhi berharap semarak program itu menarik jutaan rahmat Allah hingga meraih kemenangan Islam khusus pada PRU nanti. HARAKAHDAILY 30/3/2018