Allah beri menang kepada golongan ‘faizun’

KANGAR: Janji Allah memberikan kemenangan Islam kepada golongan ‘faizun’ apabila para pejuang mengikuti panduan dan landasan ketetapan-Nya.

Advertisement

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Ustaz Yussaine Yahya berkata, gerak kerja dilaksanakan ahli PAS wajib mengikuti acuan Allah yakni al-Quran dan as-Sunnah.

Pun begitu peringatnya, mereka yang mampu memikul dan mengangkat kerja sedemikian dengan bersungguh-sungguh hanyalah kalangan memiliki kekuatan iman.

Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan Kuliah Subuh sempena Munajat Perdana 6.0 PAS Perlis di Kompleks PAS Perlis, di sini hari ini.

Jelasnya, hanya mereka yang sedemikian dapat memenuhi tuntutan iman dengan melaksanakan Islam hingga layak Allah menganugerahkan kemenangan.

Terangnya, golongan ini juga tidak beralasan dalam perjuangan dan sentiasa bangkit penuh itqan dalam menyempurnakan tugas perjuangan.

Majlis anjuran Dewan Ulamak PAS Perlis itu turut dihadiri Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Ahmad Ali dan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli. – HARAKAHDAILY 31/3/2018