Solusi sejahtera atasi pengangguran

(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Presiden PAS di Live Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

Advertisement

SEBAGAIMANA kita ketahui bahawa betapa Islam menggalakkan kerja untuk mendapatkan hasil sehingga Islam menjadikan zakat rukun Islam yang ketiga atau yang keempat.

Zakat ini daripada hasil pertanian, hasil perniagaan ataupun pendapatan melalui khidmat dan sebagainya sekiranya melebihi daripada keperluan hidup seseorang.

Kerja

Sehingga Islam mengaitkan kerja dengan dosa dan pahala. Bagi orang Islam mereka selalu berwirid selepas sembahyang:

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

“Baginya apa kerja yang dia buat membawa kebaikan, dia dapat pahala. Dan kerja yang buruk dia dapat dosa.”

(al-Baqarah: 286)

Kerja dengan makna yang umum, bukan sahaja dalam hubungan manusia dengan Allah, termasuk hubungan manusia dengan keperluan diri dengan masyarakat. Ada perhitungan halal dan haram.

Sehingga ulama meletakkan bab yang khusus dalam kitab fekah, bab Muamalat, dan bab Ihya’ul Mawat. Muamalat berkait dengan perniagaan dan perdagangan. Ihya’ul Mawat berkait dengan meneroka tanah.

Menunjukkan betapa Islam memberi perhatian kepada peranan manusia memakmurkan bumi, bukan sahaja untuk diri, bahkan untuk masyarakat.

Terlalu banyak ayat-ayat Quran dan Hadis-hadis Nabi yang menjadi nas betapa Islam meletakkan kerja dan pekerjaan kepada semua pihak, satu amalan yang sangat penting dalam kehidupan manusia:

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

“(Dalam Quran.) Allah Taala menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”

(al-Baqarah: 275)

Dan Hadis pula banyak antaranya:

“Barangsiapa yang menanam suatu tanaman, lalu dimakan oleh manusia dan binatang, diberi pahala oleh Allah Taala.”

Itu menunjukkan galakan Islam supaya kita bekerja dan mendatangkan hasil kepada diri dan kepada masyarakat. {mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Masyarakat Madani

Ibnu Khaldun menghurai secara realistik dan secara objektif betapa peranan khilafah yang tuhan tetapkan kepada manusia, tidak kepada makhluk-makhluk yang lain. Kerana manusia bukan sahaja beribadat kepada Allah Taala seperti makhluk yang lain, dalam masa yang sama mereka ditugaskan untuk makmurkan bumi.

Makmurkan bumi ini memakmurkan manusia, memakmurkan hasil-hasil bumi dengan segala apa lapangan sama ada pertanian, industri, khidmat dan sebagainya.

Adalah menjadi satu hikmat yang besar bila Nabi S.A.W berhijrah ke Madinah. Asal nama Madinah ialah Yathrib ataupun Thaybah, ditukar kepada Madinah. Madinah ini ialah untuk menghidupkan masyarakat Madani dalam erti kata yang sebenar.

Madani sama ada daripada perkataan ad-Din dengan makna Islam yang menyeluruh, bukan sahaja ibadat. Dan ataupun daripada tamadun, tamadun manusia yang memerlukan manusia itu saling berhubung di antara satu sama lain.

Semua keperluan manusia sama ada makanan, pakaian, kenderaan dan sebagainya tidak boleh dihasilkan oleh seorang manusia. Mesti ada petani, mesti ada peniaga, mesti ada industri, mesti ada khidmat.

Jadi ini huraian Ibnu Khaldun. Semua peranan itu perlu diatur dan diurus dengan baik oleh pemerintah yang mentadbir dan urus dengan cara yang baik.

Strategi pembangunan

Bandar dan luar bandar bertalian antara satu sama lain dalam membina masyarakat Madani. Mengikut Ibnu Khaldun, sesuatu bandar tak boleh dihidupkan tanpa industri, tanpa pertanian, tanpa khidmat yang menghidupkan bandar itu. Dengan sebab itu hendaklah dijalinkan hubungan itu.

Apabila adanya bandar, dengan sendiri bandar ini mengumpulkan semua bahan-bahan hasil sama ada pertanian atau perdagangan yang diindustrikan, yang dipasarkan, yang dipasarkan. Dengan makna manusia memerlukan bandar, bandar memerlukan pinggir, memerlukan luar bandar yang menghasilkan hasil-hasil untuk memakmurkan bumi bagi manfaat seluruh manusia.

Dengan sebab itu Ibnu Khaldun kalau dibaca dalam Muqaddimah dia, kita menyaksikan bahawa satu bandar yang strategik ialah bandar yang mempunyai jalan perhubungan yang mudah. Kalau zaman dulu sungai, zaman sekarang ini lebuhraya, jalan raya dan seumpamanya.

Bahkan dalam sejarah Islam, Islam pernah membina bandar seperti Baghdad, Mousil, Kaherah dan sebagainya dengan konsep negara berkebajikan, ini sangat menarik. Contohnya bila orang kaya, dia nak tarik penduduk kepada bandar itu, dia buka Musafir Khanah.

Musafir Khanah ini ialah hotel percuma, hotel percuma. Bukan sahaja kepada mereka yang berada, yang tak berada. Menyebabkan orang musafir jauh singgah di hotel ini.

Bila singgah di hotel, memerlukan makanan, kena ada restoran. Memerlukan bekalan, hasil-hasil pertanian dan seumpamanya. Dengan sendiri menghidupkan pertanian, menghidupkan perniagaan, dan menambahkan zakat. Menambahkan sama ada zakat bagi orang Islam ataupun kharaj, cukai bagi orang yang bukan Islam.

Pelaburan asing

Islam telah memperkenalkan bandar metropolitan yang menghubungkan dengan dunia luar dalam segala kegiatan ekonomi secara khusus.

Bahkan di dalam hukum undang-undang antarabangsa Islam dari segi perdagangan, Islam membenarkan negara Islam mengadakan hubungan dagang dengan kompeni, dengan individu, dengan negara yang tak ada hubungan diplomatik, dengan syarat-syarat diberi pas syarat-syarat yang tertentu. Dengan tujuan untuk menghidupkan eksport dan import. Dan untuk memaklumkan betapa baiknya Islam sebagai satu maklumat kepada dunia luar.

Zaman itu tak ada internet, tak ada surat khabar. Bila orang datang ke negara Islam, mereka melihat keamanan, tak ada penipuan, tak ada rasuah, tak ada apa. Maka menggalakkan mereka datang.

Bandar itu hidup, perdagangan pun hidup, bahkan Allah Taala menyebut tentang kedatangan Nabi Muhammad S.A.W di bumi yang kering, Makkah al-Mukarramah:

لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ ( ١) إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ (٢)

“(Dalam surah Quraisy) (Di mana Rehlatasy Syita’) Perjalanan di musim sejuk, perjalanan musim panas.”

(Quraisy: 1-2)

Makkah yang kering kontang, yang tak ada hasil. Tetapi berkat doa Nabi Ibrahim menyebabkan mereka bergantung untuk tinggal di Makkah. Tetapi memerlukan makanan, memerlukan pakaian. Tak ada sumber di Makkah.

Lalu mereka musafir ke Yaman di Timur, musafir ke Syam di Barat. Di mana Yaman adalah pelabuhan kepada negara-negara Timur di masa itu. Iaitulah China, Parsi, India dan lain-lain.

Kemudian Syam adalah pelabuhan kepada negeri Barat, Utara Afrika, Eropah dan Asia Tengah. Maka mereka berniaga berulang alik antara Timur dan Barat. Sudah tentulah mengadakan hubungan antarabangsa, menjalin hubungan dengan pihak luar, menghidupkan Makkah.

Sehingga Makkah menjadi bandar bukan sahaja ibadat, bandar perdagangan, bandar perniagaan sampai hari ini. Bagaimana negeri yang tak ada hasil, tak ada sumber boleh hidup dan makmur.

Bila Nabi berhijrah ke Madinah, Madinah dibentuk dengan cara yang begitu rupa. Apabila negeri Islam mencapai kemajuan yang pesat, bukan sahaja dari segi ekonomi, dari segi perkembangan harta, termasuk dari segi ilmu. Mendapat pengalaman melalui perhubungan negara asing kita mendapat ilmu daripada hat luar.

Di sini perlunya transfer teknologi, memindahkan teknologi, bukan sahaja harta, termasuk teknologi, masuk ke negeri kita. Ini boleh memajukan negeri Islam.

Oleh kerana itulah ini menimbulkan kedengkian kuasa-kuasa Barat. Kuasa Barat terpaksa mengadakan perjalanan Marco Polo, Vasco da Gama dan lain-lain untuk menjajah negeri yang dikuasai pasarannya oleh dunia Islam.

Pertanian

Alhamdulillah kita mempunyai negeri yang buminya subur, punya tenaga manusia Tapi tak diolah dengan cara yang sebaik-baiknya.

Dan memajukan pertanian mesti meningkatkan kemajuan sains pertanian, sains pertanian ini penting untuk memajukan hasil. Dalam masa yang sama industri pertanian. Yang ketiga perniagaan pertanian sampai kepada peringkat luar.

Apa yang berlaku pada hari ini, hasil kita banyak, pertanian, tapi kita tidak manfaatkan. Negeri orang tengah, Singapura dan lain-lain memanfaatkan daripada kita.

Singapura lebih maju melalui pertanian, industri perniagaan daripada kita. Kita ada hasil, tapi tak kembangkan melalui industri ekonomi pertanian ini. Satu lagi yang penting ialah untuk menggalakkan petani-petani dalam aspek ini, kerajaan mesti memurahkan kos belanja pertanian.

Dengan sebab itu kita perlu mengambil pengajaran contohnya negara Jepun. Negara Jepun walaupun negara maju, termasuk Amerika sendiri walaupun di negara maju, termasuk Jerman, England dan lain-lain, saya pernah melawat negeri-negeri ini.

Mereka tak tinggalkan pertanian walaupun mereka maju dalam industri. Dengan kerajaan memberi subsidi kepada petani sehingga 99 peratus kalau di Jepun mengikut dia maklumkan. 99 peratus diberi subsidi oleh kerajaan. Kerajaan ambil duit daripada mana? Iaitu duit daripada cukai-cukai industri, cukai-cukai yang lain, dibelanjakan untuk meningkatkan pertanian.

Ini menggalakkan pemuda bekerja di dalam bidang pertanian. Hari ini orang tak kerja sebabnya kosnya mahal, kemudian pasarannya pula tidak hidup dengan baik.

Sekiranya kerajaan boleh bantu antaranya subsidi sebagai contohnya, kerajaan boleh memurahkan sumber-sumber menghidupkan pertanian, seperti baja, makanan ternakan, alat-alat pertanian, dibebaskan cukai dengan murah. Dengan sendiri kos pertanian itu murah dan petani akan dapat untung yang lebih. Ini menggalakkan mereka bergiat dalam bidang pertanian.

Pasaran dan galakan

Apa yang berlaku ialah program hiliran yang memasarkan pertanian, memaju petani tidak dilakukan dengan cara yang betul. Banyak bantuan pertanian diberi di negeri-negeri seperti Pantai Timur khususnya. Bila mereka mengeluarkan hasil, tak dipasar dengan baik, dilonggok. Contohnya macam buah-buahan sebagai contohnya. Bila terlalu banyak, murah, tak ada harga, macam-macam.

Padahal di Singapura ada kilang dia. Dia tinkan dan seumpamanya. Industri pertanian ini sangat-sangat penting industri. Bukan. Sains dan industri. Sekiranya hasil pertanian memberi pulangan ekonomi yang lumayan, ini menggalakkan generasi muda untuk bergiat dalam lapangan ini.

Apa yang berlaku ialah kerana banyak kebuntuan di tengah jalan menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke bandar, meninggalkan (luar bandar). Akhirnya tersekat. Ini masalah yang perlu dibaiki oleh pihak kerajaan.

Dengan sebab itu saya tambah lagi subsidi kepada petani ini bukan seperti duit sepatutnya, subsidi untuk memurahkan kos pertanian dan menghidupkan industri pertanian.

Kemahiran dan semangat

Malangnya kerajaan dah tubuh macam-macam FAMA dan seumpamanya dalam bidang sains pertanian. Tetapi tidak diturun ke bawah, tak turun ke bawah. Dan tak ada hiliran yang saya sebut tadi.

Contoh yang paling dekat kepada ini Thailand, negara Thailand. Negara Thailand maju dalam bidang pertanian kerana mereka buat research dalam pertanian, mereka praktik di lapangan dengan cara yang betul.

Kita sekarang ini banyak kajian dibuat, research itu tak boleh nak praktik di bawah, hilang. Bukan sahaja masalah kos, termasuk masalah kemudahan-kemudahan yang terbantut, masalah pasaran yang saya sebutkan, saya ulang sekali lagi.

Termasuklah masalah kemahiran tak turun ke bawah dengan cara yang betul. Kalau ada kemahiran insyaa Allah ada semangat, ada semangat. Kalau hasilnya lumayan, maka kita akan dapat menggalakkan mereka terlibat dalam bidang ini.

Bidang ilmu

Menjadi satu hikmat yang besar ayat yang pertama diwahyikan ialah ayat ilmu:

اقْرَأْ
(al-‘Alaq: 1)

Supaya membaca. Menulis. Peranan ilmu sangat penting. Peranan ilmu ialah untuk membangun insan, membangun manusia.

Dengan sebab itu Islam mewajibkan fardhu ain dalam perkara iman, perkara ibadat, perkara akhlak dan moral. Bukan sahaja moral dalam masalah pergaulan, moral dalam masalah ekonomi. Ini fardhu ain.

Lepas itu barulah dikhususkan secara terperinci. Perlu diatur dengan cara yang baik setelah dibangun manusia fardhu ain ini hendaklah digalakkan kepakaran-kepakaran.

Insyaa Allah tidak ada yang menganggur. Yang boleh mendalami dalam ilmu berbagai bidang, itu diberi kemudahan. Dalam masa yang sama bidang vokasional, bidang kemahiran yang tak boleh pergi dalam masalah sains ini pergi kepada kemahiran-kemahiran.

Termasuk yang cacat pun ada peranan. Semua ada peranan kalau dilaksanakan dengan cara yang betul. Dengan sebab kerajaan mesti memberi kemudahan. Kemudahan itu mesti diturun, jangan bocor, jangan bocor.

Hari ini berlaku pada hari ini banyak berlaku kebocoran, banyak berlaku pengurusan yang tak betul.

Keberkatan ekonomi

Yang pertama mengikut ilmu masyarakat yang dikaji oleh ulama-ulama Islam, makin ramai manusia makin banyak keperluan. Makin banyak keperluan, banyak pekerjaan, banyak hasil.

Dibetulkan lagi dengan adanya aspek spiritual dalam ajaran Islam. Aspek perhitungan dosa dan pahala. Konsep berkat yang ada dalam Islam.

Sekiranya kita laksanakan mengikut aspek dosa dan pahala, dalam masa yang sama perhitungan pahala di hari akhirat, wawasan bagi orang Islam. Maka segala kerja dunia termasuk dalam bidang ekonomi, dalam bidang pertanian, perniagaan dan sebagainya, dianggap sebagai satu amalan yang memberi kebajikan dunia dan akhirat.

Ini akan menjadi satu galakan sekiranya Islam itu dilaksanakan. Bahkan mengikut Islam, sekiranya kita laksanakan Islam dengan betul, termasuk dalam aspek ekonomi sekali pun, Allah Taala akan berkatkan, hasil menjadi bertambah.

Dan Islam telah menempa sejarah menjadi kuasa besar dunia dalam segala lapangan, segala lapangan. Bila kita meninggalkan Islam, bertuhan kepada benda, bukan benda yang dibetulkan oleh ajaran tuhan. Ini menjadi masalah yang perlu kita kaji dengan cara yang mendalam dan cara iman dan yakin.

Mengurus pertanian dan projek hiliran

Saya masih ingat satu temu ramah antara RTM dengan Profesor Ungku Aziz. Dan saya sangat tertarik. Beliau membuat kajian melihat ke bawah di kampung. Kalau dikatakan rakyat miskin ini malas, itu bohong.

Kerana beliau kata beliau pergi di kampung nelayan, nelayan turun ke laut, pukul tiga pagi dah turun. Penoreh getah pun awal-awal pagi dah turun pergi menoreh. Malas macam mana? Ini menunjukkan ada tempat yang tak kena, tempat yang tak betul yang mesti diurus dengan cara yang baik.

Masalah ini ialah masalah bagaimana mengurus pertanian yang maju, dan bagaimana mengurus projek hiliran yang mempunyai pasaran yang baik kepada petani. – eHARAKAH 31/3/2018  

{/mprestriction}