Kejohanan Futsal Piala KP Setiawangsa meriah

SETIAWANGSA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiawangsa telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala KP PAS yang diadakan di Futsal BBC, Ayer Panas, di sini kelmarin.

Advertisement

Program julung kali itu telah menarik penyertaan pelbagai bangsa yang sekali gus memberi mesej penyatuan dengan memecah tembok dan jurang antara kaum.

Kejohanan tersebut dirasmikan Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla yang dalam ucapannya menyedarkan mengenai syariat Islam tidak terbatas hatta dalam sukan.

Perkara itu jelasnya, semudah menutup aurat dan tidak mengabaikan kewajipan solat, selain menyemai hubungan sesama manusia dari program tersebut.

Kejohanan yang turut mencungkil bakat kalangan belia itu menyaksikan pasukan WFC muncul juara edisi sulung dengan membawa pulang piala dan wang tunai kemenangan.

Hadir sama memeriahkan penganjuran tersebut adalah Ketua Urusan Ulamak PAS Setiawangsa, Ustaz Syaheer Safwan serta exco-exco Pemuda PAS Setiawangsa yang lain. – HARAKAHDAILY 2/4/2018