Kopi-kopi Bersama PAS 2.0 dekati penduduk Putatan

PUTATAN: Program Kopi-kopi Bersama PAS anjuran PAS Kawasan Putatan bukan sekadar bersantai minum dan bersuka, tetapi juga wadah kebajikan serta penerangan.

Advertisement

Program yang dihadiri Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin dan masyarakat setempat itu telah dilangsungkan di perkarangan Masjid Sembulan, di sini semalam.

Zulzaim ketika menyampaikan ucapannya membentangkan Tawaran PAS PRU14 kepada masyarakat yang komited ditunaikan atas dasar tanggungjawab dan amanah kepimpinan.

Oleh itu, beliau menyeru penduduk Putatan dapat memberi kepercayaan kepada PAS melalui undi yang akan diberikan pada PRU nanti agar perkara itu dapat direalisasikan.

Pada majlis sama, PAS Putatan turut memberikan sumbangan kebajikan berupa barangan keperluan harian yang telah disampaikan oleh Zulzaim, selain khidmat pemeriksaan kesihatan percuma serta edaran risalah. – HARAKAHDAILY 2/4/2018