Harga getah RM1.80, penoreh kekal derita

ADIK kakak orang Jabi. Kalau ada Menteri, MB, Exco atau Tok Wokil nak toreh getah adik kakak, ambo nasihatkan jangan bagi kecuali kalau pohon getah tua yang memang nak tebang dah.

Advertisement

Punah habis pohon getah adik kakak nanti. Kalau pohon getah tua, bagilah dia nak tangkap gambar tunggang terbalik pun.

Harga getah skrap sehari dua ini hanya RM1.80 sekilo. Antara yang terendah dalam tempoh beberapa tahun. Permintaan warga penoreh supaya harga getah distabilkan pada kadar sekitar RM4 sekilo tak ada siapa pun yang peduli.

Musim gini akan muncul belaka. Menteri jadi tukang rumah. MB bawa lori sampah. PM jadi tukang masak. Menteri jadi penoreh getah. Menteri jadi tukang sapu pun ada. Macam-macam ada!

Malah ada Menteri dilaporkan sembahyang asar tiga kali sehari. Letak kopiah atas kepala. Pusing kampung. Singgah rumah orang kampung minta izin nak tumpang sembahyang Asar. Sampai tiga buah rumah sepetang dia singgah sembahyang Asar. Lebih dari Tok Wali lagi martabat dia.

Adik kakak kita orang cerdik belaka. Banyak sangat dah filem dan drama dalam TV. Drama kualiti rendah dengan pelakon kelas amatur sebegini dah tak laku. Kalau zaman TV hitam putih dulu mungkin laku. Sekarang sudah zaman TV digital.

DR AZMAN IBRAHIM 
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 3/4/2018