Rakaman fitnah: Hal saman dan sumpah

nik abduh1

ALMARHUM ayahanda beratus kali difitnah sepanjang hayatnya, tetapi beliau tidak pernah saman. Malulah saya pada keteguhannya.

Advertisement

Dia memilih mahkamah Allah nanti. Itu mahu dia, itulah mahu saya. Itu mahkamah yang pasti tidak akan tersembunyi walau sekecil zarah kebenaran atau kebatilan.

Perakuan penafian keras saya adalah benar dan mencukupi. Bukan kuasa saya untuk memaksa sesiapa mempercayai atau mendustakan saya.

YB yang menuntut saya bersumpah dengan nama Allah itu, dulu dia telah pun bersumpah dengan nama Allah dan berbai’ah dengan nama-Nya. Kemudian dia langgar dan langgar tanpa rasa takut.

Apa kalau saya bersumpah, dia akan percaya? Tidak. Dia akan berkata Nik Abduh berbohong dalam sumpahnya. Mengapa? Ya, kerana dia kira saya juga akan berbohong sepertinya. Piirraahh..

Sumpah adalah untuk perkara besar atau di tempat yang besar seperti mahkamah atau di hadapan pemimpin kita.

Pada saya, ‘rakaman bohong’ itu kecil saja. Bebudak PAN saja yang bertawaf di sekelilingnya, menjadikannya makanan buat jiwa mereka yang lemah dan sakit. Fitnah akan lebur dan kebenaran pasti kekal.

Mereka mahu menjadikannya bahan bukti? Ah, saya juga akan menjadikannya bahan bukti di sana nanti, di hadapan Allah, pemilik suara saya dan anda. – HARAKAHDAILY 5/4/2018