Jawapan sinikal ‘sekolahkan’ pemfitnah

PETIKAN di Facebook

Advertisement

Azman Ibrahim
Agihan kerusi antara PAS dan Umno Terengganu dah selesai.

PAS dapat 8 kerusi Parlimen, Umno dapat 8 kerusi juga. PAS dapat 32 kerusi Dun, Umno dapat 31. Satu kerusi lagi kita bagi kepada MCA.

Abdul Jabar Rosli Rosli
PAS Pahang pun dah selesai berbincang dengan Umno-BN untuk pembahagian kerusi, demi keadilan bersama dan semangat UG, maka keputusannya ialah PAS akan bertanding di semua kerusi BN bertanding dan BN juga akan bertanding di semua kerusi PAS bertanding.

Sekian dimaklumkan..UP

[4/8, 09:05] Wartawan: Salam. Haji. mohon pencerahan pasal tular yg bersifat fitnah ini.

[4/8, 10:24] Amzad: W’salam.

Saya dah baca apa yang ditulis itu. Ia tidak lebih dari teknik sindiran yang biasa diguna oleh Dr Azman Ibrahim dan YB Rosli Jabbar kepada pihak yang masih mereka reka cerita kononnya ada gabungan UG antara PAS dan Umno sejak sebelum PRU ke 13 lagi. Terbukti tiada kerjasama politik dengan Umno pada PRU 13.

Dalam tempoh itu juga PAS sudah ber-Muktamar Agung (Mesyuarat Agung Tahunan) yang menentukan perkara dasar PAS lebih lima kali, dan ditanya tentang isu UG ini berkali-kali, secara konsisten PAS menegaskan tiada hubungan kerjasama politik antara PAS dan Umno. Dalam mana mana pilihan raya, PAS tetap akan menentang Umno.

PAS tak pernah berubah pun dalam kenyataan ini, baik ketika berdepan dalam dialog dengan orang Islam, Melayu, mahu pun dalam pelbagai soal jawab yang dihadiri dengan kaum Cina, India dan lain-lain kaum. 

Sekarang kita sudah dalam fasa Pilihan Raya Umum ke 14, PRU14. Jika betul ada kerjasama, sudah tentu proses memberi kefahaman dan mendapat persetujuan ahli dan penyokong PAS dibuat jauh lebih awal, barulah UG, jika benar ada boleh dijayakan.

Ini tidak. Sampai Parlimen sudah dibubarkan kelmarin 7 April 2018, bayang-bayang UG pun masih tiada. Kalau betul ada UG, ia akan libatkan semua jentera.

Takkanlah cuma beberapa nama pemimpin yang difitnah pendukung UG beri impak apa-apa kepada PRU14 yang ditentukan oleh jutaan undian dibuat oleh pengundi.

Kerana itu UG ini sampai tahap lawak yang dijadikan jenaka oleh sesetengah pemimpin PAS dalam menempelak mereka yang masih memutarkan fitnah UG ini. Jika difahami apa yang ditulis oleh Dr Azman Ibrahim dan YB Rosli Jabbar, ia sindiran tajam.

Kalau betul PAS punya kerjasama politik dengan Umno, tentulah dirunding bilangan Parlimen dan Dun masing-masing, kawasan mana PAS masuk, yang mana Umno masuk. Jangan sampai berlaga sesama sendiri

Itu maksudnya jika ada kerjasama politik UG. Ini tidak. Pada PRU14 ini PAS telah menunjukkan keazaman luar biasa untuk menentang Umno.

Di seluruh negara, buat pertama kalinya PAS berterus terang meletak hasrat tidak lagi mahu jadi pembangkang, PAS mahu bentuk kerajaan bersama semua parti yang sedia bersama PAS, tidak menghalang perjuangan Islam PAS.

PAS bertanding 130 kerusi, sebahagian besar adalah melawan Umno. Di Terengganu, tidak satu kerusi pun di mana Umno bertanding, tidak akan dilawan oleh PAS. malah jika MCA sekalipun diletakkan di Dun Bandar, mereka kena hadapi PAS.

PAS masuk bertanding kesemua 32 kerusi Dun dan 8 Parlimen, kesemua menentang Umno. Jika kita berakal waras, sudah tentu sama sekali ia petunjuk jelas tiada langsung UG yang direka-reka oleh lawan politik PAS dari PH ini.

Bayangkan jika kita guna sifir yang sama terhadap PH. Mereka adalah satu kerjasama politik. Mengapa jika PAS melawan Umno di PRU14, mereka dakwa itu tanda ada kerjasama, tetapi kerjasama dalam PH pula maksudnya agih-agih kerusi supaya tak bertembung antara satu sama lain? Ini wajah buruk double standard yang sangat menyeleweng dalam memfitnah PAS.

PAS pun ada kerjasama dan muafakat politik. Ia adalah dalam Gagasan Sejahtera. melibatkan parti-parti politik Ikatan, Berjasa, Parti Cinta Malaysia dan lain-lain dan dengan muafakat rakyat dibentuk di bawah Kongress Rakyat mewakili pelbagai golongan petani, penternak, nelayan, buruh, guru dan pendidik, pesara tentera, doktor, wanita, bukan Islam melalui 600 NGO seluruh negara.

Gagasan Sejahtera telah melancarkan manifesto bertemakan Malaysia Sejahtera yang sangat komprehensif, Wawasan Induk Negara Sejahtera, Dokumen Hijau yang memperincikan pelbagai penyelesaian masalah negara.

BN pula ada manifestonya sendiri dilancarkan kelmarin yang tidak lebih dari senarai projek-projek yang nak dibuat yang sebelum manfaatnya dirasai rakyat, yang terlebih dahulu kaya raya adalah pelobi-pelobi projek ini yang juga kroni rapat Umno.

Jika ada kerjasama, tak perlulah buang masa pecahkan kepala menghimpun beratus tenaga pakar dan maklum balas ribuan profesional dalam merangka Manifesto Gagasan Sejahtera, mengagak-agak Umno nak tawarkan apa. Senang bincang terus.

Semua ini petanda jelas, PAS dan Umno tiada kerjasama politik. Jika ada kerjasama pun, ia dalam kerangka tanggungjawab mengendali amanah memimpin negeri, dan juga dalam soal perkara yang beri kebaikan secara umum kepada Islam, bangsa dan negara. Ia adalah ta’awun yang menjadi tuntutan dalam Islam. – HARAKAHDAILY 8/4/2018