Bagaimana Harapan menang Mahathir kalah?

tunM L

PAKATAN Harapan bersetuju menjadikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan pengerusi parti gabungan itu sebagai strategi untuk mencapai kemenangan dalam PRU14 ini.

Advertisement

Strategi itu tidak berbangkit jika DS Anwar Ibrahim dipenjarakan. Sekalipun Mahathir telah memberi masalah besar kepada politik Anwar, tetapi dalam situasi yang ada sekarang, Anwar dipercayai memainkan peranan menyusun strategi itu.

Pembangkang yang bersatu memerlukan strategi bagi menarik sokongan majoritii dengan mengemuka seorang calon Perdana Menteri. Ia tidak bermasalah bagi PRU yang lalu kerana Anwar adalah calon Perdana Menterinya.

Apabila Anwar terhalang calon Perdana Menteri itu kosong. Hinggalah datang Mahathir, yang dengan mudah dapat mengisi kekosongan itu. Damai bagi Anwaar dan Mahathir suatu yang dirasakan mustahil kiranya tiada apa-apa pergolakan dalam Umno. Tiada siapa di kalangan keluar Anwar dan penyokong Anwar boleh melihat Mahathir sebagai orang disukai kerana angkanya menjadikan Anwar dan keluarga tersiksa.

Takdir menjadikan demikian, perdamaian antara keduanya memeranjatkan mereka jadi abang adik dan dua keluarga itu seolah-olah tidak pernah ada masalah.

Tiada cara bagi Anwar untuk jadi Perdana Menteri dalam masa lima tahun akan datang jika Najib dan BN tidak ditumbangkan gara-gara idah penjara ke atasnya. Lima tahun selepas idah itu tamat baru boleh menyertai pilihan raya.

Satu strategi nampak ialah Harapan mesti menang PRU14. Ada cara politik larangan itu boleh diubah. Perdada Menteri Harapan boleh lakukan. Maka Mahathir mesti jadi Perdana Menteri dulu. Harapan itu kabur kiranya Harapan tiada calon PM. Kit Siang dan Guan Eng memang tidak tersenarai. Wan Azizah, Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali tidak cukup magnet untuk menarik sokongan ramai.

Mahathir adalah calon yang terbaik. Sekalian yang berbeza latarbelakang politik boleh bersetuju, Mahathir ganti Anwar.

Bersatu bubar sekejap tidak melumpuhkan Harapan untuk bersaing sengit dengan BN. Mereka boleh bertanding atas salah satu dari tiganya yang ada dan boleh guna logo mana-mana parti saja. Mereka sudah ada makanisma. Cuma boleh menang atau tidak.

Tiada masalah kalau BN kalah dan Mahathir menang. Tiada payah bagi istana memanggil Mahathir membentuk kerajaan. Tetapi bagaimana kalau Harapan menang dan Mahahir kalah? Calon Perdana Menteri tidak dapat jadi calon.

Masalah awalnya dulu Harapan tiada calon disebabkan kedudukan Anwar. Sekarang ia ada calon tetapi calon itu kalah dalam pilihan raya.

Ada teori. Menang dulu baru fikir calon PM. Ia bukan pilihan popular. Yang popular ada calon dulu. Calon membantu kemenangan. Tetapi sekarang ia ada calon tetapi calonnya kalah. Bagaimana?

Mungkin masalah tidak sebesar tidak menang. Ia sudah menang. Sekalipun ia boleh namakan siapa saja, tapi tidak pula sesenang yang dijangka. Malaysia dengan kerajaan barunya itu tidak selesa jika tiada Perdana Menteri yang kuat.

Wan Azizah, Muhyiddin dan Azmin tidak dapat kekuatan yang ada pada Mahahir. Jika Mahahir tidak jadi Perdana Menteri, dengan wibawa calon ganti tidak sama dengan Mahathir, maka PM yang lain itu akan dikira berada di bawah pengaruh Mahathir.

Lain kalau Mahathir tidak ada. Kita sudah ada banyak pengalaman PM Abdullah Badawi dan PM Najib berada di bawah tekanan pengaruh Mahathir yang tidak jadi Perdana Menteri. Masalah timbul apabila Mahathir tidak puas hati dengan Perdana Menteri. Kalau PM itu Anwar, bimbang kurang kalau Mahathir bukan PM. Mahathir boleh kacau mereka. – HARAKAHDAILY 11/4/2018